Tuesday, 17 April 2012

WELCOME

Homestay Impian Perdana menawarkan penginapan yang selesa kepada pelanggan, selain daripada perkhidmatan yang mesra kepada semua pelanggan-pelanggan kami, kami menawarkan gaya yang bersih, murah dan penginapan  untuk keluarga. Ia juga sesuai untuk pelancong yang merancang untuk melawat Kuantan di mana banyak pantai yang indah seperti Teluk Cempedak yang hanya 15-20 minit dari tempat kami dengan memandu kereta. Pandai Sepat, Balok, Cherating juga dianggap berhampiran dan hanya mngambil masa dalam 20-40 minit memandu. Kami terletak di No 62, Jalan Seri Damai Perdana 1, Perkampungan Seri Damai Perdana, Batu 6 Jalan Gambang Kuantan, ia merupakan tempat strategic untuk ke mana-mana tempat di Kuantan. Kami juga berhampiran dengan restoran, lapangan terbang, pasar raya, university dan pelajar kolej. Gambang Water Park juga terletak berhampiran yang hanya mengambil masa 30 minit memandu. Terdapat 3 bilik tidur, bilik utama dilengkapi dengan penghawa dingin dan katil queen, bilik kedua (kipas dan katil queen), bilik ketiga(katil single)  atau boleh pelbagai guna seperti  tempat untuk solat. Homestay kami berkelengkapan penuh.



Homestay kami dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan untuk memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan kami. Dengan ruang tamu yang besar dilengkapi kipas syiling serta dewan makan (meja makan 6 kerusi). Ia juga sesuai untuk mereka yang bergerak dalam kumpulan dan merancang untuk mempunyai penginapan yang pendek di Kuantan. Kami juga mempunyai menawarkan harga yang berpatutan untuk pelanggan kami. Anda boleh menikmatan perkhidmatan kami hanya serendah RM130 untuk satu malam, untuk malam kedua RM100 manakala harga yang sangat menarik jika pelanggan ingin menetap lebih lama. Ini adalah salah satu peluang penginapan yang sangat bagus pada harga yang berpatutan.

homestay seri damai - photo slideshow